Tuesday, May 26, 2015

PERATURAN PERMAINAN

1. Setiap pemain perlu ada sehelai guni.
2. Pemain perlu memasukkan kedua-dua belah kakinya ke dalam guni semasa membuat larian.
3. Pemain perlu memegang guni dengan kedua-dua belah tangan di bahagian hujung guni (penjuru bahagian atas)
4. Sekiranya pemain terjatuh semasa larian, pemain boleh bangun dan berlari semula dengan syarat kedua-dua kaki pemain tersebut dimasukkan ke dalam guni seperti permulaan larian.
5. Pemain yang berlari dengan hanya sebelah kaki dimasukkan ke dalam guni akan dikira kalah.
6. Pemain yang memegang guni dengan hanya menggunakan sebelah tangan akan terbatal perlumbaannya.
7. Pemain yang tidak menamatkan larian akan terbatal penyertaannya.
8. Pemain yang sengaja menghalang atau mengganggu pemain lain juga terbatal penyertaannya.
9. Jika pertandingan diulang, peraturan yang sama perlu dipatuhi.

No comments:

Post a Comment